top of page

PENGENALAN

Liga ini telah diasaskan semenjak tahun 2010 di atas dasar sukarela sekumpulan staf Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia, USM yang bertujuan untuk menyemarakkan aktiviti sukan dan riadah serta merapatkan ukhwah dengan staf-staf Kampus Kejuruteraan, USM. Pada waktu itu, Liga ini dikenali sebagai Liga Bowling Payday dan hanya memfokuskan kategori individu.

 

Pada edisi ke-10 tahun 2015, pertandingan ini diberi nafas baru selepas mendapat penajaan strategik dari Kelab Kebajikan & Sukan Staf Kejuruteraan (KKSSK), USM. Serentak dengan itu, kategori berpasukan (mengikut jabatan) telah diperkenalkan untuk menarik lebih banyak penyertaan. Untuk tahun 2016, kategori berpasukan telah dinaiktaraf mengikut zon sukan masing-masing, selaras dengan keputusan yang dibuat sewaktu Bengkel Strategik KKSSK di Pulau Pangkor pada Dis 2015, untuk menjenama semula Sukan Antara Jabatan (SUKJAB) Kampus Kejuruteraan USM.

OBJEKTIF

Mempromosikan gaya hidup sehat dan membudayakan semangat kerjasama dan semangat bersukan dikalangan Staf Kampus Kejurureaan, USM

 

Untuk mewujudkan pertandingan boling secara kerap kepada semua staf Kampus Kejuruteraan USM yang berbakat dalam permainan boling.

 

Untuk mewujudkan kluster boling berprestasi tinggi di Kampus Kejuruteraan, USM.

 

Menjadi medan mengasah bakat bagi melahirkan pemain boling untuk mewakili USM ke Kejohanan Sukan Staf Universiti Malaysia.

 

 

© 2016 by ATMD. Proudly created with Wix.com

Penafian: Universiti Sains Malaysia tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman web ini. Tiada sebarang keuntungan dibuat daripada laman web ini.

bottom of page