LIGA BOWLING
PAYDAY KKSSK - USM


PERATURAN LIGA
FORMAT LIGA
1. Liga adalah berdasarkan 4 permainan individu pada setiap kali pertemuan.
2. Liga hanya mempertandingkan kategori terbuka tanpa mewujudkan kategori berasaskan gander.
3. Permainan secara cross-lane.
4. Setiap lorong hanya dihadkan untuk kegunaan 2 peserta. Namun begitu Jawatankuasa Pertandingan boleh
mengubah sekiranya terdapat keperluan mendesak, tertakluk kepada persetujuan pemain.
5. Jatuhan pin individu bagi setiap permainan akan direkodkan secara manual di dalam borang yang
disediakan. Setiap pemain harus memastikan jatuhan pin direkodkan di akhir sesi sesuatu permainan dan
mendapat pengesahan Jawatankuasa Pertandingan sebelum permainan seterusnya dimulakan.
6. Penentuan lorong bagi setiap pemain akan ditentukan menerusi undian sebelum pertandingan bermula.
7. Jawatankuasa Pertandingan tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah
teknikal/mekanikal sepanjang permainan berlansung.
GARIS PANDUAN & PERATURAN
I. Penyertaan
Secara amnya, penyertaan hanya dibuka kepada staf Kampus Kejuruteraan USM.
Namun begitu, Jawatankuasa Penganjur berhak untuk menjemput peserta-peserta yang terdiri daripada orang luar yang difikirkan sesuai dan layak demi meningkatkan kualiti pertandingan dan memeriahkan penyertaan.
Jawatankuasa Penganjur berhak untuk menolak penyertaan tanpa memberi apa-apa sebab.
I(a): Penyertaan kategori berpasukan:
Zon Sukan Kampus Kejuruteraan USM yang berminat menyertai kategori berpasukan, bolehlah menghantar beberapa nama pemain yang berpotensi. Akan tetapi, pada setiap pertemuan pemarkahan pasukan hanya akan mengambil kira jatuhan pin tertinggi untuk tiga (3) orang pemain sahaja.
Setiap pasukan yang menang akan dinilai mengikut ‘mata kutipan’ dan bagi kumpulan yang mengutip jumlah ’mata kutipan’ tertinggi akan dinobatkan sebagai Juara di penghujung musim liga.
I(b): Penyertaan Individu:
Menggunakan format yang sama seperti musim-musim yang lepas.
II. Yuran
Setiap pemain berdaftar akan dikenakan yuran sebanyak RM35.00/pertemuan sepanjang musim berlangsung.
Bayaran sewa kasut hendaklah ditanggung oleh para peserta, sekiranya berkenaan.
Bayaran pendaftaran akan dikenakan sebanyak RM50.00 seorang bagi setiap musim.
Bayaran yuran hendaklah dilakukan terus kepada Bendahari Jawatankuasa Penganjur. Sila minta resit sebagai bukti pembayaran.
III. Kehadiran
Setiap pemain diwajibkan menyertai setiap pertemuan yang dijadualkan sepanjang musim berlangsung.
Sekiranya tidak hadir, tiada penggantian pemain dibenarkan.
Penjadualan semula bagi menggantikan pertemuan yang tidak dapat dihadiri tidak dibenarkan sama sekali.
IV. Keputusan & Ranking
Pada setiap pertemuan, pemain akan diranking mengikut jumlah jatuhan pin.
Pemain dengan jumlah jatuhan pin tertinggi akan mendapat kutipan mata tertinggi (10) dan semakin rendah jumlah jatuhan pin semakin sedikit kutipan mata (9 hingga 1) yang akan diberikan.
Kutipan mata akan dikumpul di akhir musim yang mana, peserta dengan kutipan mata terkumpul tertinggi akan dinobatkan sebagai Juara.
Sekiranya terdapat lebih dari seorang pemain yang mempunyai jumlah kutipan mata yang sama di akhir musim, maka pemenang akan ditentukan menerusi kutipan mata pada pertemuan terakhir.
Keputusan Jawatankuasa Pertandingan adalah muktamad. Rayuan tidak akan dilayan.
V. Handicap
Handicap untuk peserta yang layak adalah seperti jadual dibawah:
Jatuhan pin purata < 139.9 = Handicap +40
Jatuhan pin purata 140 - 149.9 = Handicap +30
Jatuhan pin purata 150 - 159.9 = Handicap +20
Jatuhan pin purata 160 - 169.9 = Handicap +10
Jatuhan pin purata > 170 = Handicap 0
VI. Hadiah
Hadiah bulanan bagi setiap pertemuan akan diberikan kepada pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga (tanpa dikira handicap) serta juga pada pemain yang paling berpotensi.
Hadiah jackpot juga disediakan kepada 4 orang pemenang pada setiap pertemuan.
Hadiah keseluruhan akan diberi pada pertemuan terakhir bagi sesuatu musim.
Hadiah keseluruhan yang ditawarkan ialah mengikut jadual di bawah.
Kategori Individu
Pertama RM500
Kedua RM300
Ketiga RM200
Keempat RM150
Kelima RM100
Keenam RM80
Ketujuh RM70
Kelapan RM60
Kesembilan RM50
Kesepuluh RM40
Kesebelas - lima belas RM30
Kategori Berpasukan
Johan RM500 + Piala Pusingan
Naib Johan RM300
VII. Lain-lain
Jawatankuasa Penganjur berhak untuk mengurangkan atau meninggikan nilai hadiah berdasarkan bilangan penyertaan dan juga tajaan yang diterima.
Jawatankuasa Penganjur berhak untuk mengumumkan insentif lain sepanjang musim berlangsung, sekiranya perlu.